checkunit.myPemeriksaan Unit Hartanah Lebih Mudah
POLISI CHECKUNIT.MY

Polisi akses & kunci

Versi CU-2026-10-07.1 • 7 Oktober 2026

1. Pilih kaedah akses

Owner / wakil membuka pintu; penjaga kunci yang diberi izin; lockbox dengan kebenaran; atau runner mengambil dan memulangkan kunci. Pelanggan mengesahkan pihak pemberi izin, peraturan bangunan, waktu dan kawasan yang boleh dimasuki.

2. Serahan & jagaan

Rekod nombor job, masa, pemberi / penerima, lokasi, bilangan kunci / kad dan kaedah pengesahan. Label kunci menggunakan kod job; elakkan alamat penuh pada label. Runner tidak membuat salinan, menyerahkan kepada orang tidak diberi kuasa atau menggunakan akses di luar tugasan.

3. Lockbox & kod

Kod disimpan dalam arahan akses terlindung dan digunakan untuk tugasan yang dibenarkan. Jangan masukkan kod dalam gambar, laporan atau pautan awam. Pemegang yang diberi kuasa hendaklah menukar kod fizikal selepas tugasan apabila perlu; tamatnya akses aplikasi tidak menukar kod fizikal.

4. Penutupan unit

Rekod keadaan akhir pintu, tingkap dan suis yang disentuh serta check-out. Jangan membuat dakwaan semua peralatan atau ruang telah diperiksa jika tidak termasuk skop. Pemulangan kunci / kad mesti diakui penerima atau disokong bukti yang dipersetujui.

5. Gagal akses & insiden

Jika tiada izin, kunci tidak berfungsi, bahaya atau akses ditolak, jangan masuk. Rekod sebab / bukti dan maklumkan admin. Kehilangan, kerosakan atau kelewatan pemulangan dilaporkan segera. Jadual semula dan caj hanya berdasarkan kos / syarat yang telah dipersetujui. Hasil siap tidak menutup status kunci yang belum selesai.