checkunit.myPemeriksaan Unit Hartanah Lebih Mudah
POLISI CHECKUNIT.MY

Syarat penyelarasan vendor

Versi CU-2026-10-07.1 • 7 Oktober 2026

1. Lantikan & skop bertulis

Cleaning, Repair dan Renovation hanya diteruskan selepas vendor dikenal pasti dan pelanggan bersetuju dengan skop, bahan, jadual, harga serta penerima bayaran. Admin merekod rujukan sebut harga dan persetujuan berasingan. Permintaan dalam CheckUnit tidak dengan sendirinya melantik vendor.

2. Keupayaan, permit & kerja teknikal

Vendor bertanggungjawab menyatakan kelayakan, batas kerja, permit / kelulusan pengurusan dan perlindungan yang berkenaan. Kerja elektrik, struktur atau teknikal mesti diserahkan kepada pihak yang sesuai. Runner lapangan tidak dianggap technician atau contractor bertauliah melalui penugasan Visit / Capture / Inspect.

3. Akses, data & bahan

Vendor hanya menerima maklumat minimum selepas kebenaran. Ikut SOP kunci, penghuni dan keselamatan. Bahan / penggantian tambahan memerlukan persetujuan sebelum dibeli atau dipasang. Tidak dibenarkan membuat pemasaran terus atau mengambil data pelanggan untuk tujuan lain tanpa izin.

4. Bukti kerja, QA & susulan

Sediakan bukti sebelum / selepas, ruang yang dibuat, kerja belum selesai dan resit bahan yang dipersetujui. Pelanggan menyemak hasil. Pembetulan, tanggungjawab kerosakan dan waranti adalah mengikut terma vendor yang dipersetujui; CheckUnit tidak menjanjikan waranti vendor yang belum disahkan.

5. Peranan CheckUnit

Bagi penyelarasan sahaja, sebut harga mesti menyatakan siapa membekal kerja serta tanggungjawab CheckUnit dan vendor. Jika CheckUnit menjadi pembekal utama, tanggungjawab tidak boleh dipindahkan begitu sahaja kepada vendor. Caj koordinasi / komisen tidak disembunyikan. Aduan diterima admin untuk direkod dan diselaraskan.